Perlu Dana RM50K - Zamani Slam Hidapi masalah Tulang Belakang Kronik

Perlu Dana RM50K - Zamani Slam Hidapi masalah Tulang Belakang Kronik

"Zamani pernah bertanya mengenai wang kerjayanya selama ini kerana dia mahu menggunakannya untuk menampung kos rawatan pembedahan tulang belakang," demikianlah kata abang kandung Zamani Slam, Zulfazil Ibrahim apabila adiknya mengalami masalah kewangan untuk pembedahan tulang belakangnya yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

Perlu Dana RM50K - Zamani Slam Hidapi masalah Tulang Belakang Kronik
Perlu Dana RM50K - Zamani Slam Hidapi masalah Tulang Belakang Kronik 
Menurut Zulfazil, wang hasil titik peluh adiknya itu sebelum ini disimpan oleh pihak yang menguruskan kerjaya seni Zamani kerana adiknya itu tidak mempunyai akaun bank peribadi yang menyimpan wang hasil titik peluhnya dalam kerjaya nyanyian.

"Pihak kami tidak menuduh sesiapa (tidak membayar wang tersebut) tetapi siapa lagi yang menguruskan kerjaya penyanyi itu kalau bukan pihak pengurusan Zamani," jelasnya.

Difahamkan peguam kepada Zamani, Ahmad Zaharil Muhaiyar pernah membuat kenyataan di akaun Facebook berhubung status wang penyanyi tersebut baru-baru ini.

Peguam tersebut berkata, dia tidak pernah mempersoalkan tentang pihak pengurusan Zamani, apa yang penting baginya sekarang adalah anak guamnya itu.

"Saya yang penting adalah anak guam saya, anak guam saya sakit dan memerlukan kos sebanyak RM50,000 untuk menjalani pembedahan.



"Sekiranya Zamani mempunyai duit di dalam akaunnya, keluarkan jumlah itu kerana kami perlukannya untuk pembedahan berkenaan," kata peguam yang mewakili Zamani.

Disebabkan perkara itu, Zamani, 43, memerlukan dana sebanyak RM50,000 untuk pembedahan tulang belakangnya.

Tambah Zulfazil lagi, penyakit yang dihidapi oleh Zamani tiada kaitannya dengan bahan terlarang kerana Zamani itu pernah mengalami kecederaan kesan aktif bersukan sebelum ini.





Myartis

Post a Comment

Previous Post Next Post