Keseronokan sepasang suami isteri meraikan makan malam sempena ulang tahun perkahwinan mereka di kedai makan tomyam, di sini, pada Selasa lalu, bertukar menjadi pengalaman menjijikkan apabila menemui seekor lipas dalam hidangan mereka.
Menjijikkan: Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Dengan Tomyam Berperisa Lipas.. |
“Saya memesan tomyam daging bersama beberapa lagi menu istimewa yang memang menjadi kegemaran kami berdua. Apabila kami hampir selesai makan, isteri saya terkejut selepas menemui lipas di dalam kuah tomyam yang sedang dihirupnya.
“Isteri saya memberitahu perkara berkenaan kepada pemilik kedai warga Thailand terbabit sebelum dia tampil memohon maaf dan mahu menggantikannya dengan yang baru.
“Saya terus menolak pelawaannya kerana sudah kembang tekak ekoran penemuan lipas berkenaan dan meninggalkan sejumlah wang sebelum beredar dari kedai itu menyebabkan pemiliknya hanya tercengang-cengang,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Metro
Post a Comment