KUALA LUMPUR - kumpulan samseng di seluruh negara terutama di negeri-negeri yang dikenal pasti menjadi lokasi panas kepada aktiviti gengsterisme akan diperangi habis-habisan.
[KES TETAK & BAKAR] Zahid Hamidi: Buru samseng hingga lubang cacing.. |
Baca: Tragis Abang Halalkan Makan Minum Dan Maafkan Kesalahan Sayang Selama Ini
Pada masa yang sama, beliau turut mengarahkan polis memburu hingga ke lubang cacing kumpulan samseng bertanggungjawab membunuh dan mencederakan enam yang lain di Bandar Bukit Mewah itu. Ibarat tiada lagi maaf kepada kumpulan yang dipercayai berpusat di Klang itu, beliau berkata, perbuatan samseng tersebut benar-benar mencabar kewibawaan polis dan mesti dikenakan hukuman maksimum.
Serentak dengan itu, Ahmad Zahid memberi ingatan kepada pihak yang mendakwa diri mereka kononnya sebagai pejuang hak asasi, agar jangan cuba melindungi kumpulan samseng tersebut.
“Kementerian ini yang dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan keselamatan akan memerangi mereka hingga ke lubang cacing. Perbuatan mereka benar-benar mencabar kewibawaan polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi semalam yang dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan kawalan keselamatan, lima samseng bertindak menyerang tujuh pengawal keselamatan sebelum membakar hidup-hidup salah seorang daripada mangsa.
Lebih menyedihkan, mangsa yang terbunuh, Muhammad Ridzhuan Che Bi, 26, baru sahaja mendirikan rumah tangga tidak sampai dua bulan lalu manakala enam rakannya cedera ditetak menggunakan senjata tajam dan seorang berada dalam keadaan parah.
Turut dibakar dalam serangan tersebut adalah tiga pondok pengawal dan kejadian itu kini menyebabkan penduduk di kawasan Bandar Bukit Raja hidup ketakutan.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut mempersoal di mana pejuang hak asasi manusia yang selama ini gemar menjadi hero setiap kali polis bertindak ke atas penjenayah tetapi membisu seribu bahasa apabila rakyat menjadi korban.
“Bila rakyat menjadi mangsa akibat tindakan penjenayah di mana mereka? Mana hak asasi manusia kepada mangsa yang dibunuh ini? Mengapa pejuang hak asasi manusia tidak membela dan masih membisu hingga ke saat ini,” soalnya.
CELAH GELEGAR
Post a Comment