Pelakon Amar Baharin mengalami cedera di bahagian kening akibat ditumbuk ketika menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga di Rawang pada pagi Ahad.
Amar Baharin Cedera Terkena Tumbukan Pelakon Baharu |
"Ketika kami sedang berlawan, saya tidak sempat untuk menepis tumbukan lawan saya. Tetapi masa itu saya tak rasa sakit.
"Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit," katanya kepada mStar online yang dihubungi pada petang Ahad.
Bagaimanapun kata Amar, dia meminta doktor tidak menjahit luka tersebut sehinggalah dia selesai menjalani penggambaran drama arahan Rashid Sibir itu.
Sementara itu, Amar memberitahu dia bakal terlibat dengan penggambaran drama yang diadaptasi daripada novel berjudul Cik Bunga Encik Sombong pada Isnin, namun dia terpaksa berbincang dengan pihak produksi untuk menunda penggambaran tersebut sehingga lukanya sembuh.
"Mengikut kata doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sehingga kesan koyak itu pulih.
"Apapun terpulang pada pihak produksi adakah mereka mahu menunda penggambaran tersebut," ujarnya.
Dalam pada itu, Amar menyifatkan kejadian tersebut memberi pengajaran kepadanya dan pada masa akan datang, dia akan memastikan mempunyai teknik dan latihan yang cukup sebelum melibatkan diri dalam babak-babak aksi. - mStar
Post a Comment