Sadis!!..Bila Ajal Mengundang, Tiga Beranak Maut Termasuk Satu Rentung..

Sadis!!..Bila Ajal Mengundang, Tiga Beranak Maut Termasuk Satu Rentung..

Kota Marudu: Tiga beranak maut termasuk seorang rentung selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lalu terbakar dalam kemalangan di Kampung Tanah Merah, dekat sini, malam tadi.

Sadis!!..Bila Ajal Mengundang, Tiga Beranak Maut Termasuk Satu Rentung..
Sadis!!..Bila Ajal Mengundang, Tiga Beranak Maut Termasuk Satu Rentung..
Dalam kejadian 8.18 malam itu, mangsa maut penunggang motosikal iaitu Japri Maun, 27, yang terbakar, isterinya Lili Murni Gilong, 24, dan anak perempuan mereka berusia setahun enam bulan.

Difahamkan, ketika kejadian tiga beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari Pitas menuju Matunggong, Kudat.

Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mereka terbakar selepas bertembung dengan kenderaan jenis Isuzu.

Ketiga-tiga beranak dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kenderaan hanya cedera ringan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, Rashid Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 8.20 malam.

Menurutnya, sebuah jentera bersama tujuh anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba 30 minit kemudian kerana jarak lokasj kejadian 20 kilometer.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal terbakar dan tiga mangsa salah satunya rentung menyebabkan anggota bomba bertindak melakukan pemadaman.

"Ketiga-tiga mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya lagi, semua mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi tamat pada 9.10 malam," katanya. - myMetro


Al-Fatihah

Post a Comment

Previous Post Next Post