Lahad Datu: Dua tahun lalu dia sekeluarga memiliki kehidupan selesa termasuk mempunyai kediaman dua tingkat, ternakan dan kedai runcit, namun semuanya musnah selepas pengganas Kiram menceroboh Kampung Tanduo, di sini.
Luahan Hati Suami Isteri, 'Hidup Kami 'Gelap' Dengan Sekelip Mata' |
Situasi itu sangat mengecewakan Ben apatah lagi dia mempertaruhkan nyawa bertemu ketua pengganas Kiram sebagai penterjemah ketika pencerobohan terbabit.
Menurut Ben, 50, hidupnya kini bukan saja ‘gelap’, malah terpaksa membesarkan semua anaknya dalam serba kekurangan.
“Sekarang saya tidak memiliki harta walaupun saya mempertaruhkan nyawa bertemu ketua pengganas Kiram sebagai penterjemah ketika pencerobohan dua tahun lalu.
“Saya berharap pihak tertentu dapat membantu kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui
-Metro Ahad.
Post a Comment