Kelakar! Pelanggan Tuntut ‘Free Postage’ Dari Peniaga Online Menjadi Viral Di Laman Sosial

Kelakar! Pelanggan Tuntut ‘Free Postage’ Dari Peniaga Online Menjadi Viral Di Laman Sosial

Memang gelak berguling lepas baca screenshot yang mula tersebar di media dan dikongsi oleh banyak pihak ini.

Kelakar! Pelanggan Tuntut ‘Free Postage’ Dari Peniaga Online Menjadi Viral Di Laman Sosial
Kelakar! Pelanggan Tuntut ‘Free Postage’ Dari Peniaga Online Menjadi Viral Di Laman Sosial
Mana taknya, kerana terlalu naif dalam perihal penghantaran atau mungkin juga teruja dengan perkataan free, individu ini sanggup menghantar mesej kepada peniaga online demi meminta barang yang kononnya dianggap sebagai percuma.

Nak tahu barang apa yang percuma itu? Teruskan membaca.



Alkisahnya, si pembeli menghubungi peniaga online barangan penjagaan kulit muka dari jenama Ailin Skincare bagi memaklumkan bahawa dia sudahpun mendapat produk yang dipesannya.

Namun, dia memberitahu bahawa barangan yang ditempahnya tidak mencukupi. Ujarnya, satu barangan percuma yang dijanjikan pembeli gagal diperolehinya. Nak tahu apa?

Jawapannya ialah Free Postage! Tulis si pembeli, “Akak kata free postage haritu, tapi takde pun free postage?

Kak ooo kak?? Postage takde pon dalam bungkusan? Kata free? Tapi takde.”

Tepuk kepala tak baca mesej yang dihantar oleh si pembeli ini? Nasiblah si penjual masih membalas mesej tersebut dalam nada gurauan.

Sambil menggunakan emoticon lucu, si penjual menulis, “Wsalam Sofea. Postage tu kos penghantaran. Abam posmen punya upah. Memanglah tak dapat postage, tu bukan barang.”

Siapa kata berniaga secara online ni tak mencabar, kan? Apa-apapun, terima kasih patut diucapkan buat si pembeli tersebut sebab telah menggeletek hati ramai pembaca di luar sana. Sabar jelah…

- MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post