Awie Terima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong

Awie Terima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong

Penyanyi Rock terkenal Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman yang merupakan vokalis utama kumpulan Wings telah menerima pengiktirafan oleh Gayong Malaysia iaitu Anugerah Sandang Kebesaran Gayong.

Awie Terima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong
Awie Terima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong
Penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia bertempat di Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan malam tadi.

Di sebalik anugerah itu, Awie sempat berkongsi sedikit cerita mengenai penganugerahan tersebut yang amat bermakna baginya.

“Saya berterima kasih atas anugerah sandang kebesaran Gayong ini. Di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 ini, saya menerima sandang Sri Pelangi Gangga Chula Sakti selaku Imam Khalifah Gayong,” katanya.

Menurut Awie dia sebenarnya sudah lama terlibat dalam bidang persilatan ini cuma tidak terlalu menonjol.

“Semenjak kecil saya sudah belajar seni silat gayong. Arwah bapa saya juga merupakan guru silat, namun begitu, bapa saya enggan mengajar saya. Jadi saya mencari inisiatif sendiri untuk belajar bersilat,” ujarnya lagi. - Siakapkeli.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post