Polis Pulau Pinang mengambil tindakan tatatertib terhadap dua anggotanya yang gambar mereka sedang tidur di Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Butterworth dekat Georgetown, tersebar dalam media sosial sejak semalam.
Gambar Tidur Tersebar 2 Anggota Polis Dikenakan Tindakan |
"Sementara menunggu siasatan dan keputusan tindakan disiplin, dua anggota itu diarah bertukar dalam tempoh 24 jam ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU).
"Saya memandang serius perkara itu dan tindakan tegas akan diambil," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Sejak semalam, gambar anggota polis lelaki dan wanita yang bertugas, tidur di kerusi di pejabat pertanyaan balai polis berkenaan tersebar di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp dan mendapat kritikan pelbagai pihak. – Bernama
Post a Comment