Tindakan seorang wanita mengiklankan rumahnya untuk dijual menjadi perhatian apabila dia menawarkan bonus menarik iaitu pembeli boleh mengambil pemiliknya sebagai isteri.
|
(Gambar) Beli Rumah Dapat 'Free Gift' Tuannya Sekali. Pakej Terbaek! |
Wanita yang dikenali sebagai Winalia, 40, merupakan seorang janda yang mempunyai dua anak hasil perkahwinannya terdahulu tidak menyangka iklan penjualan rumahnya menjadi viral.
“Saya kaget, jujur kaget. Sampai jadi pembicaraan. Saya jujur tidak mencari sensasi, memang tulus menjual rumah dan cari suami. Sejak semalam saya menerima banyak panggilan telefon. Puluhan atau malah ratusan," ujarnya
Menurut Winalia, walaupun hasratnya sebenar untuk menjual rumah demi mendapatkan wang namun dia juga benar-benar serius untuk mencari jodoh. Dia mencari seorang lelaki yang bertanggungjawab dan mampu menjaganya.
“Kalau rumah ini dijual dan pembelinya jadi suami, kan saya tidak perlupindah. Rumah ini nazar ibu saya. Kasihan juga anak saya mahu tinggal di mana, sedangkan saya memerlukan wang,” katanya.
Walaubagaimanapun, ia bukanlah syarat utama yang diletakkan oleh Winalia kerana jika pembeli mahu membeli rumahnya sahaja tanpa menikahinya pun boleh.Rumah berkeluasan 523meter persegi itu ditawarkan pada harga Rp 999,000,000,00 atau bersamaan RM282,000.
BULLETIN MEDIA: Macam-macam cara boleh selesaikan masalah. Semoga dia jumpa seorang lelaki yang jujur untuk menikahinya.
Post a Comment