Berhentilah Salahkan Adik Saya - Pinta Kakak Kapten Zaharie

Berhentilah Salahkan Adik Saya - Pinta Kakak Kapten Zaharie

PETALING JAYA: Kakak kapten pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Zaharie Ahmad Shah meminta orang ramai supaya berhenti menyalahkan adiknya sebagai dalang kehilangan pesawat tersebut yang masih kekal misteri sehingga hari ini.

Berhentilah Salahkan Adik Saya - Pinta Kakak Kapten Zaharie
Berhentilah Salahkan Adik Saya - Pinta Kakak Kapten Zaharie
Kakak sulung Zaharie, Sakinab Shah berkata ahli keluarganya tidak akan berhenti berdoa agar misteri kehilangan pesawat tersebut terungkai tidak lama lagi.

"Seperti apa yang berlaku sehingga hari ini, tiada bukti nyata untuk ditunjukkan, tiada siapa, sama ada anda ahli politik, saintis, pakar penerbangan, penyiasat kemalangan pesawat, juruterbang, juruterbang bersara, media atau sesiapa sahaja... tiada siapa dikalangan anda ada hak untuk menyalahkan Kapten Zaharie Ahmad Shah atas kehilangan pesawat tersebut," katanya dalam satu kenyataan menjelang ulang tahun setahun kehilangan MH370.

Sakinab Shah berkata, orang ramai mungkin tidak mempunyai perasaan dengan mempercayai berita tidak benar yang didakwa media bahawa Zaharie menghadapi masalah rumah tangga dan sedang dalam proses penceraian.

Katanya, walaupun terdapat banyak komen membina yang dihargai, segelintir media seperti serigala kelaparan memutarbelitkan fakta mengenai kehilangan pesawat itu.

"Meluat. Pada satu ketika, kami mengeluarkan surat peguam kepada beberapa agensi media tempatan supaya menghentikan khabar angin tersebut," katanya yang kali terakhir bertemu Zaharie dua minggu sebelum kejadian itu.

Sakinab berkata Zaharie adalah seorang yang penyayang, berfikiran terbuka dan sanggup menghulurkan bantuan apabila diperlukan.

"Kehadirannya pada majlis bersama keluarga tidak pernah menghampakan. Dia selalu dicari oleh kakak, abang, sepupu dan anak saudara... seorang lelaki yang berintegriti. Beliau adalah seorang adik yang murah hati dan bapa saudara yang tidak pernah lokek memberikan buah tangan apabila pulang dari luar negara," katanya.

Zaharie, 53, yang sudah berkahwin dikurniakan tiga orang anak dan seorang cucu.

Pesawat MH370, dengan 239 orang di atas kapal dalam perjalanan ke Beijing dilaporkan hilang kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut dipercayai berakhir di Lautan Hindi. - mStar Online

Post a Comment

Previous Post Next Post