Jika sebelum ini Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37, dibebaskan dari tuduhan memiliki dadah, nampaknya kali ini beliau telah ditahan lagi buat kali ketiga kerana dipercayai memilik dadah jenis Syabu.
Benjy Ditahan Lagi Buat Kali Ketiga Kerana Miliki Dadah Jenis Syabu |
Hasil sebuan pihak polis dari cawangan Narkotik IPK Kuala Lumpur mereka menjumpai dua paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal dan beberapa keratan plastik yang digunakan untuk mempaket syabu tersebut.
Selepas membuat pemeriksaan teliti pihak polis berjaya menemui lagi 11 paket dadah dalam paket lutsinar di dalam beg tangan didalam bilik tersebut.
Pihak polis juga berjaya menjumpai sepucuk pistol angin bersama dengan 14 butir bebola besi untuk dijadikan peluru.
Ketiga-tiga mereka ditahan di bawah Seksyen 38 (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Sekysen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata. - Siakapkeli
Post a Comment