INI bukan peristiwa sejarah hitam 13 Mei yang pernah berlaku di tanah air pada tahun 1969 dulu.Namun, sebuah kejadian ‘parang terbang’ yang dilaporkan berlaku di utara tanah air telah menggemparkan penduduk khasnya di Bukit Jambul, Pulau Pinang.
Video: Insiden ‘parang terbang’ di kompleks Bukit Jambul |
Melalui rakaman CCTV, pada mulanya sekumpulan remaja ini dilihat baru selesai menonton filem dan bedar seperti biasa.
Namun secara tiba-tiba, sekumpulan remaja ini terus berlari ke belakang setelah dikejar oleh sekumpulan lain yang bersenjatakan parang dan topi keledar.
Memetik laporan The Star, Pemangku Ketua Polis Timur Laut, Supt Abdul Rahman Ahmad berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 3 pagi selepas remaja berkenaan selesai menonton filem dengan dua rakan-rakan di sana.
“Mangsa dan rakan-rakannya sedang mabuk dan ini membawa kepada salah faham dengan sekumpulan remaja india yang lain,” katanya kepada media.
Berikutan kejadian itu, remaja yang cedera serta tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi merawat luka sepanjang 8cm di pergelangan tangan kirinya.
Rakan-rakan mangsa, yang tidak cedera, berkata mereka tidak mengenali kumpulan enam hingga lapan remaja yang menyerang mereka kerana ia berlaku begitu pantas, dan juga kerana mereka masih mabuk.-MYNEWSHUB
Post a Comment