Padah Mencuri Setandan Pisang, Penggangur Didenda Bayar Rm600 Oleh Mahkamah

Padah Mencuri Setandan Pisang, Penggangur Didenda Bayar Rm600 Oleh Mahkamah

SEORANG penganggur dijatuhi hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret Melaka selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencuri setandan pisang yang dilakukannya awal bulan ini.

Padah Mencuri Setandan Pisang, Penggangur Didenda Bayar Rm600 Oleh Mahkamah
Padah Mencuri Setandan Pisang, Penggangur Didenda Bayar Rm600 Oleh Mahkamah
Tertuduh, Muhammad Hasmizi Jalil, 21, mengaku bersalah di hadapan Majistret Norina Maludin selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mencuri setandan pisang bernilai RM50 di kebun pisang Kampung Balai Panjang pada pukul 12.30 tengah hari, 5 Februari lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Muhammad Hasmizi yang diwakili Pelatih Dalam Kamar, Pusat Guaman Negeri merayu kepada mahkamah supaya dikenakan hukuman ringan bersifat denda kerana belum bekerja dan menjaga ibu bapa yang uzur.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Juhari Haron merayu kepada mahkamah supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana mengacu pisau ke arah pemilik kebun yang cuba menangkapnya.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Norina kemudian memerintahkan tertuduh dijatuhi hukuman denda RM600 dan berdepan penjara sebulan jika gagal membayar denda.

- MYNEWSHUB.

Post a Comment

Previous Post Next Post