Kebesaran Allah!!..Bayi Istimewa Lahir Masih Dalam Ketuban Ibunya

Kebesaran Allah!!..Bayi Istimewa Lahir Masih Dalam Ketuban Ibunya

Ketika Silas dilahirkan, dia masih lagi berada di dalam ketuban ibunya yang masih belum pecah.

Kebesaran Allah!!..Bayi Istimewa Lahir Masih Dalam Ketuban Ibunya
Kebesaran Allah!!..Bayi Istimewa Lahir Masih Dalam Ketuban Ibunya 
Seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan ketubannya yang masih belum pecah disifatkan sebagai 'keajaiban dalam perubatan' oleh doktor yang menyelamatkannya.

Silas dilahirkan menerusi kaedah Caesarean tiga bulan lebih awal di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di California.

Namun, doktor terkejut apabila mereka menemui Silas masih lagi berada di dalam ketuban dan berupaya mendapat oksigen menerusi plasenta tersebut.



Ketuban ialah kantung berisi cecair di dalam rahim tempat bayi yang belum dilahirkan membesar.

Ia juga disebut sebagai membran kerana ketuban itu terdiri daripada dua membran yang dikenali sebagai amnion dan chorion.

Sebaik sahaja Silas dilahirkan, Dr Binder mengeluarkan bayi itu daripada ketubannya.



Ibu Silas begitu teruja melihat kelahiran anaknya itu.

"Sebaik sahaja saya melihat proses kelahiran Silas begitu unik, saya rasakan dia adalah bayi istimewa," katanya.

Walaupun dilahirkan tidak cukup bulan, Silas menunjukkan tanda positif dan akan dibenarkan keluar wad pada hujung bulan Mac ini.

sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post