Kisah Benar!! Luahan Suami Kecewa Perlukah Saya, Ceraikan Isteri Saya

Kisah Benar!! Luahan Suami Kecewa Perlukah Saya, Ceraikan Isteri Saya

Pada mulanya sewaktu saya hendak berpoligami saya mampu dari segi zahir dan batin serta boleh berlaku adil.Namun, akibat kegawatan ekonomi, saya hampir jatuh muflis serta mengalami tekanan jiwa dan tidak mampu untuk memberi nafkah yang sempurna, sama ada nafkah zahir atau batin.

Kisah Benar!! Luahan Suami Kecewa Perlukah Saya Ceraikan Isteri Saya
Kisah Benar!! Luahan Suami Kecewa Perlukah Saya Ceraikan Isteri Saya
Sekarang isteri pertama saya membantu dari segi kewangan, manakala isteri kedua selalu berleter dan sering meluahkan rasa tidak puas hati. Malah dia selalu mendesak untuk memberi segala keperluan yang buat masa ini di luar kemampuan saya.Persoalannya, dengan keadaan saya sekarang yang tidak mampu berlaku adil dan memenuhi tuntutan isteri kedua, apakah harus saya lakukan? Saya tidak mahu menanggung dosa dengan tidak melunaskan kehendak isteri kedua saya.

Haruskan saya menceraikan isteri kedua dengan harapan dia boleh mencari pasangan hidup baru yang boleh membahagiakannya dari segi zahir dan batin?

Hamba Allah
Putrajaya

Antara tanggungjawab suami ialah memberi nafkah kepada isterinya. Jika sudah tidak mampu memberi nafkah, suami perlu menceraikan isterinya yang ada.Isteri bagaimanapun boleh memilih untuk bersabar dan menunggu usaha suami dalam menyediakan nafkah sepatutnya bagi mereka.

Sekiranya isteri memilih untuk berpisah atas alasan suami gagal memberi nafkah, mereka tidak dikira berdosa untuk berbuat demikian.Saya lebih cenderung supaya rumah tangga yang ada dikekalkan dengan tidak mengambil tindakan menceraikan isteri dan menghancurkan rumah tangga yang sudah terbina.

Cuma apabila ada desakan pihak isteri dan selepas berlaku perbincangan antara anda dan mereka, perceraian tidak dapat dielakkan.Namun setiap pasangan hendaklah memahami perceraian tetap dibenci Allah. Malah, ada banyak cara dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga.

Dalam soal nafkah dan cara mengatasinya, apabila timbul masalah kesempitan, kedua-dua suami isteri mesti memahami cabaran hidup semasa. Semoga panduan Allah SWT sentiasa menjadi keutamaan.

Allah SWT berfirman dengan maksudnya: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah memberi nafkah daripada harta yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak membebani seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberi kesenangan sesudah berlaku kesusahan.” (Surah al-Talaq, ayat 7)

sumber: MalayNews

Post a Comment

Previous Post Next Post