Kuala Lumpur: Kehadiran suami ke hospital membawa kek untuk isterinya selepas terpaksa bersanding seorang diri bukan saja meninggalkan kenangan manis untuk mereka, malah gambar pasangan itu turut ‘viral’ di laman sosial hari ini, dengan ramai menyifatkannya sebagai sesuatu yang amat manis dan menyentuh perasaan.
‘So sweet'...Kehadiran Suami Bawa Kek Untuk Isterinya Selepas Terpaksa Bersanding Seorang Diri |
Ainul ketika dihubungi di Sungai Petani, berkata, pada 6 petang Sabtu lalu, dia ke hospital itu selepas tidak dapat menahan kesakitan akibat ketumbuhan pada ovari (cyst).
“Pada 8 malam, doktor memaklumkan saya perlu dibedah bagi membuang ketumbuhan itu kerana ia semakin kritikal.
“Sebelum itu, pada Rabu lalu, saya ada berjumpa doktor untuk mengetahui perkembangan penyakit saya ini dan doktor maklumkan, ia belum membimbangkan.
“Tak sangka pula jadi begini. Apa yang mampu saya lakukan hanya berserah kepada Allah SWT dan reda dengan ketentuannya kerana perancangan untuk bersanding di sebelah lelaki sudah diatur ,” katanya yang bekerja sebagai guru.
Menurutnya, selepas menjalani pembedahan, suaminya muncul di hospital pada 4 petang, Ahad membawa kek untuk dipotong bersama sambil bergambar kenangan.
“Itu antara kenangan paling indah dan tak dapat saya lupakan. Mungkin ada hikmah di sebaliknya,” katanya.
Sementara itu, Mohd Suhairi berkata, dia mendapat idea untuk ke hospital dan membawa kek itu selepas dimaklumkan oleh jurugambar perkahwinannya, Kawaras Yahya, 30.
“Pada awalnya saya tertekan kerana terpaksa bersanding tanpa isteri. Selepas bersanding, saya ke hospital membawa kek bersama jurugambar (Kawaras) dan beberapa rakan.
“Hospital itu terletak hanya 500 meter dari kediaman saya,” katanya.
Katanya, dia reda dengan apa yang berlaku dan bersyukur pembedahan itu blancar.
“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya dan isteri ada gambar kenangan yang boleh diabadikan biarpun gambar dirakam di hospital,” katanya yang bekerja sebagai jurutera.
Sumber : MyMetro
Post a Comment