Pilu!..Setiap Kali Sampai Tarikh Kematiannya, Ayat ‘Kalaulah Sudir Masih Ada...'

Pilu!..Setiap Kali Sampai Tarikh Kematiannya, Ayat ‘Kalaulah Sudir Masih Ada...'

Kuala Lumpur: “Walaupun sudah lebih 20 tahun berlalu, setiap kali sampai tarikh kematiannya, ayat ‘kalaulah Sudir masih ada...’ pasti terlintas dalam fikiran saya.”

Pilu!..Setiap Kali Sampai Tarikh Kematiannya, Ayat ‘Kalaulah Sudir Masih Ada...'
Pilu!..Setiap Kali Sampai Tarikh Kematiannya, Ayat ‘Kalaulah Sudir Masih Ada...'
Demikian luahan penulis lirik terkenal, Habsah Hassan mengimbau ‘kehilangan’ penghibur serba boleh, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang pulang ke rahmatullah 23 tahun lalu, semalam.

Habsah, 65, yang rapat dengan Allahyarham sama ada dalam kerjaya mahupun kehidupan peribadi berkata, selepas lebih dua dekad pemergian Sudirman, perasaan kehilangan itu semakin berkurangan, namun ingatan dan doa tidak pernah terhenti, saban tahun.

“Dia pergi pun dah lama sangat, lebih 20 tahun sekarang. Bagi saya rasa kehilangan itu sudah kurang pada tahap ini sebab kami reda dia sudah tiada, tapi yang tak pernah hilang doa dan memori kami ketika hayatnya.

“Memang banyak cerita dan impian dikongsikan sebab dia macam adik saya. Jadi bila tiba waktu begini (ulang tahun kematian), saya selalu terfikir kalaulah dia masih ada tentu ada banyak benda yang berlainan dalam industri seni sekarang kerana visi dan pemikirannya.




Al-Fatihah
Sumber : MyMetro

Post a Comment

Previous Post Next Post