Lelaki Ditikam Bekas Kekasih Teman Wanita Atas Jalan

Lelaki Ditikam Bekas Kekasih Teman Wanita Atas Jalan

Kuala Lumpur: Seorang lelaki cedera ditikam bekas kekasih teman wanitanya di Jalan Haji Hussein di sini, petang tadi.

Lelaki Ditikam Bekas Kekasih Teman Wanita Atas Jalan
Lelaki Ditikam Bekas Kekasih Teman Wanita Atas Jalan
Dalam kejadian 3 petang itu, mangsa berusia 39 tahun dikatakan sedang menunggang motosikal bersama teman wanitanya sebelum dirempuh suspek yang memandu kereta, menyebabkan pasangan terbabit terjatuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek berusia 47 tahun dipercayai sengaja melanggar motosikal itu selepas melihat bekas teman wanitanya membonceng bersama mangsa.

“Suspek kemudiannya meluru keluar dari kereta sebelum menikam dada kiri mangsa dipercayai menggunakan pisau atau gunting.

“Suspek kemudian melarikan diri selepas mendapati mangsa rebah berlumuran darah,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera diberi bantuan oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Zainuddin tidak menolak kemungkinan suspek merancang serangan hendap ke atas mangsa.

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti identiti suspek dan usaha menjejaki penjenayah itu sedang dilakukan.



Sumber – myMetro online

Post a Comment

Previous Post Next Post