Sedih: Isteri Hanya Tahu Suami Dibakar Hidup-Hidup Melalui FB

Sedih: Isteri Hanya Tahu Suami Dibakar Hidup-Hidup Melalui FB

SEDIH…sampaikan rasa macam tak sampai hati kami mahu menulis artikel ini.Ia berkaitan kisah malang yang menimpa juruterbang Jordan, Kapten Moaz Al-Kasasbeh yang telah ditangkap, dikurung kemudian dibakar hidup-hidup oleh militan ISIS baru-baru ini.

Sedih: Isteri Hanya Tahu Suami Dibakar Hidup-Hidup Melalui FB
Sedih: Isteri Hanya Tahu Suami Dibakar Hidup-Hidup Melalui FB
Rupa-rupanya isteri Kapten Moaz iaitu Anwar Tarawneh, hanya mengetahui berita tentang suaminya itu melalui Facebook.

Memetik laporan The Independent, pertama kali Tarawneh membaca kisah suaminya adalah menerusi satu status di laman sosial tersebut yang bertajuk Rest In Peace Muath (Rehatlah Dengan Aman Muath (Moaz).



“Hanya apabila saya melayari Facebook pada telefon, baru saya terbaca mesej itu,” katanya.

Tarawneh mendedahkan, keadaan suaminya kelihatan resah sebelum bertugas pada penerbangan terakhir itu, malahan berharap adanya kabus tebal yang boleh menghalangnya daripada terbang.

Lebih menyedihkan, Tarawneh dan Moaz baharu lima bulan mendirikan rumahtangga sebelum allahyarham ditangkap oleh ISIS.

Kapten Moaz telah menjadi tebusan pengganas tersebut selama lima minggu selepas pesawatnya ditembak jatuh di Raqqa, sebelum dibunuh dengan cara dibakar hidup-hidup.



Kedukaan hati Tarawneh bagaimanapun reda sedikit apabila Permaisuri Rania datang melawatnya selepas peristiwa menimpa suaminya itu tersebar.





Bertabahlah Anwar Tarawneh, apa yang pasti, orang yang dizalimi dengan kejam di dunia amat besar darjatnya disisi Allat SWT.

Al_Fatihah..


Sumber-MYNEWSHUB

Post a Comment

Previous Post Next Post