Fenomena Musim Sejuk Luar Biasa Bakal Berulang Di Malaysia

Fenomena Musim Sejuk Luar Biasa Bakal Berulang Di Malaysia

Pensyarah Kanan Geokimia Marin dan Kajian Paleo-Iklim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Hasrizal Shaari, berkata Malaysia dijangka berdepan dengan cuaca musim sejuk pada hujung bulan ini..

Perubahan cuaca ini berpunca dari pertembungan suhu ketara antara tanah tinggi Siberia-Mongolia dan Laut China Selatan. Tiupan udara bertekanan tinggi Siberia-Mongolia akan membawa cuaca sejuk ke China dan memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara ini.

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata angin kencang timur laut bertiup selaju 50-60 km/jam dengan ombak hingga setinggi 4.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 17 Jan (Sabtu) dan berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk pekerja di pelantar minyak.

Oleh itu jom beli rain coat dan baju tebal untuk keselamatan dan kesihatan kita.

Sumber : Berita Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post