Dalam Kenangan: Kalaulah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Masih Hidup

Dalam Kenangan: Kalaulah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Masih Hidup

Seorang insan yang mempunyai bakat besar dalam bidang seni dan sehingga kini Bulletin Media rasa belum ada seorang yang mampu menandingi beliau, yang nampak akan ada sedikit mengikuti seperti beliau adalah Afdlin Shauki.

Dalam Kenangan: Kalaulah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Masih Hidup
Dalam Kenangan: Kalaulah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Masih Hidup


Dia sendiri pun ada akui bahawa allahyarham adalah idolanya. Semua orang sudah pasti menonton kisah hidup allahyarham di History Channel atau YouTube? Jatuh bangun beliau dalam seni hiburan. Apa yang menarik kekaguman aku, dia akan guna peralatan produksi dengan sehabis baik.

Dan ketika kekurangan peralatan di produksi tanah air (tidak seperti apa yang ditawarkan sebelumnya) beliau tetap menghasilkan filem yang bagus. Idea dan kreativiti yang mantap.



Adegan Seniman Bujang LapokJika allahyarham masih ada lagi sekarang, mampukah karya-karya beliau sentiasa segar untuk menjadi tontonan? seperti karya-karya sebelumnya? di tambah pula dengan peel pelakon/artis-artis sekarang yang kebanyakkannya macam entah hape-hape.

Mampukah beliau terus bertahan dan terus berkarya? Lahir pada 22 Mac 1929 bermakna kini jika beliau masih hidup, usia beliau sudah mencecah 84 tahun. Tun Dr. Mahathir Mohamad 88 tahun, masih muda 4 tahun (sumber kosmo).

Pada aku setiap karyanya samada lagu mahupun filem adalah datang dari luahan hatinya. Perasaannya di zahirkan dalam bentuk karya. Disampaikan dalam kata-kata yang banyak mendidik dan sarat dengan nasihat, samada dalam bentuk sindiran mahupun terus terang.

P.Ramlee tidak berkira mengenai bayaran hasil lakonan dan arahannya, yang penting baginya, menghasilkan karya yang bermutu. Itu yang boleh kita lihat sekarang kan?

"Dia (P. Ramlee) cakap, 'Seni bukan untuk duit tetapi untuk masyarakat'," ujar Aziz mengenai kata-kata P.Ramlee yang diulang semula kepada dirinya sebelum seniman agung itu meninggal dunia.

Al-Fatihah..


Post a Comment

Previous Post Next Post