Tujuh orang dilaporkan meninggal dunia dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah bas ekspress di KM 326 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran susur keluar Tapah, lebih kurang jam 1:30 pagi tadi (15 Jan 2015).
|
(Video) Tujuh Terkorban Kemalangan Bas Di KM326 Lebuhraya PLUS |
Maklumat rasmi tentang punca kejadian masih dalam siasatan namun terdapat saksi yang mendakwa melihat kemalangan ini berlaku yang berpunca dari sebuah kereta memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk mengalihkan sisa tayar lori yang pecah di tengah lebuhraya. Apapun ini adalah keterangan tidak rasmi dan kami akan kemaskini selepas mengetahui punca sebenar kemalangan ini nanti. Apa yang pasti bas tersebut hangus terbakar lebih kurang 80%.
Video kredit untuk Muhammad Apendy Issahak. Takziah diucapkan kepada semua mangsa yang terlibat.
Sumber : OHMedia
Post a Comment