Gambar murid itu disalah ertikan dengan mengatakan murid tersebut adalah salah seorang mangsa banjir yang berada dalam kesimpitan sehingga terpaksa menjadikan kotak air minuman sebagai beg sekolahnya. Lebih dasyat lagi, ada yang mengaitkan gambar terbabit dengan kelemahan pihak kerajaan dalam membantu mangsa banjir.
Penjelasan Sebenar Pelajar Pakai Beg Sekolah Kotak |
Pada hari tersebut, pihak sekolah mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar. Murid yang membawa beg kotak itu sebenarnya menggunakan kreativitinya untuk membawa stok susu terbabit dengan menjadikannya sebuah beg dengan menggunakan tali rafia.
“Gambar ini diambil semasa hari terakhir penggal persekolahan di sebuah sekolah dalam daerah Pensiangan, Sabah. Memandangkan sekolah bakal berakhir, guru-guru mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar.
Oleh kerana pelajar ini tiada bekas untuk membawa susu tersebut pulang maka dengan kreativitinya sendiri dia menggunakan kotak tersebut dan menggunakan tali rafia untuk menyandang beg tersebut." terang Rozali pada kemaskini facebooknya.
Apa-apa pun kudos kepada adik ini kerana tersangat kreatif. Walaupun masih kecil, adik ini sudah menunjukkan kemampuannya berfikir di luar kotak.
Sumber
Post a Comment