Kuala Lipis: Seorang wanita melecur seluruh badan selepas disimbah asid oleh suaminya, dalam kejadian di sebuah rumah kongsi, di bandar ini, malam tadi.
Suami Paksa Isteri Minum Asid Sebelum Curahkan Ke Badan |
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian, pasangan itu dipercayai bertengkar kerana masalah peribadi yang gagal diselesaikan dengan baik.
"Suspek yang juga warga Indonesia kemudian mengambil sebotol cecair mengandungi asid dan mengarahkan mangsa meneguk namun isterinya enggan berbuat demikian," katanya.
Beliau berkata, suspek dan mangsa bergelut sebelum lelaki itu mencurah cecair berkenaan ke seluruh badan mangsa mengakibatkannya menggelupur menahan kesakitan.
Katanya, suspek yang turut cedera melarikan diri sebelum berjaya ditahan di Raub.-Harian Metro
Post a Comment