"Saya reda dengan apa yang terjadi. Keluarga saya sendiri tidak tahu mengenai berita ini dan mungkin hanya tahu melalui berita yang dikeluarkan wartawan saja.
Emma Maembong Sahkan Hubungannya Dengan Zizan Razak Sudah Putus.. |
"Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang 'sweet' tetapi mereka tak tahu apa yang saya lalui.
"Jika asyik berendam air mata saja buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati," kata Emma.
"Saya tak benci atau mahu memusuhi Zizan. Malah saya akan terus menyokongnya sebagai kawan. Mungkin perpisahan ini akan ada yang menyalahkan saya sebagai punca. Terpulang. Ada benda yang saya sudah tidak mampu lagi bertoleransi dengannya
"Tak apalah orang tak tahu apa yang saya lalui. Biarlah. Dunia seni ini pun kecil dan pusing pusing akan jumpa dia juga," katanya.
Emma juga menyangkal jika ada yang menuduh dia sudah mengikis duit Zizan dan kemudian tergamak meninggalkan lelaki itu.
Dalam pada itu, Zizan yang dihubungi media dilaporkan enggan memberikan sebarang maklum balas.
Dituduh telah puas mengambil dan menggunakan duit Zizan, Emma menafikan dirinya seperti yang didakwa....
"Saya berani bersumpah selama kenal dia, saya tak pernah guna atau kikis duit dia. Saya sendiri bekerja dan ada pendapatan. Kalau dari awal saya nak kikis duit orang lebih baik saya cari lelaki yang lebih kaya.
"Tapi saya cintai dia selama ini ikhlas dan pada satu tahap saya sudah tak mampu bertahan lagi dengan sikapnya;" katanya.
Sumber :
Post a Comment