SALAH seorang anak kapal pesawat QZ8501 yang masih belum ditemui mayatnya adalah pekerja teknikal (bahagian radio komunikasi) AirAsia, Syaiful Rahmat, 38 tahun dari Pekanbaru, Riau.
QZ8501: Rakan Tak Boleh Lupa Bau Harum Pada Syaiful Rahmat |
Menurut Rudi dia tercium bau harum luarbiasa dari tubuh Syaiful ketika itu yang disifatkannya tidak seperti bau minyak wangi.
“Harumnya tidak seperti hari-hari biasa, sangat harum, sepertinya bukan harum minyak wangi,” ujarnya.
Mengakui tidak dapat mengesahkan sama ada itu petanda Syaiful akan pergi selama-lamanya, Rudi meyakinkan bahawa pertemuan tersebut terasa aneh baginya.
Syaiful yang dikenalinya kata Rudi, seorang yang pandai bergaul dan baik agamanya malah sering mengingatkan rakan-rakan lain soal ibadah.
Peribadi Syaiful yang alim turut disokong oleh kakak Syaiful dikenali sebagai Lia yang menggambarkan adiknya itu bukan ustaz tetapi rajin solat dan suka berpesan-pesan soal agama.
Malah status terakhir Blackberry Messenger (BBM) di telefon bimbit adiknya itu berbunyi, ‘Kerjakan amal dengan ikhlas dan sesuai dengan sunnah’.
Begitu pun oleh sebab Syaiful sudah biasa menulis status berbaur agama baik di BBM mahu pun Facebook maka ia tidaklah dianggap satu hal yang aneh buat Lia dan keluarga.
Hingga saat ini belum dapat dipastikan sama ada jasad Syaiful yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga cahayamata itu berada di Selat Karimata atau ianya salah satu daripada mayat yang sedang menanti proses pengecaman di Surabaya.
Setakat hari Ahad, daripada tujuh anak kapal yang bertugas di pesawat QZ8501 pada hari kejadian, baru dua berjaya dikenalpasti iaitu pramugari Khairunisa Haidar Fauzi yang berasal dari Palembang dan pramugara Wismoyo Ari Prambudi dari Klaten.
Sumber : Blog Informasi
Post a Comment