Luahan Hati Anak Juruterbang QZ8501 Apabila Ayah Dipersalahkan

Luahan Hati Anak Juruterbang QZ8501 Apabila Ayah Dipersalahkan

Anak mana yang tidak sedih apabila ayahnya dipersalahkan dalam kemalangan yang berlaku keatas pesawat QZ8501 Air Asia pada 28 Disember lalu.

Luahan Hati Anak Juruterbang QZ8501 Apabila Ayah Dipersalahkan
Luahan Hati Anak Juruterbang QZ8501 Apabila Ayah Dipersalahkan
Angela Anggi Ranastianis, 22, merupakan anak kepada juruterbang Kapten Iriyanto yang bertugas ketika pesawat itu terhempas berasa sedih dan kesal dengan pihak media kerana menyalahkan ayahnya didalam kemalangan tersebut. Dia juga meminta masyarakat tidak menjustifikasikan ayahnya sebagai penyebab kemalangan itu berlaku.

"Papa di sini sudah berusaha menyelamatkan penumpangnya. Pilot mana yang mau mencelakakan penumpangnya? Papa saya juga korban. Jadi tolonglah mengerti, jangan menyalahkan kepada juruterbang," ujar Angela saat berbincang dengan

"Sudahlah fokus saja, bantu doa, supaya cepat bertemu. Jadi tolong jangan terlalu gampang menyalahkan Papa saya. Papa saya belum ditemui. Saya kecewa dengan opioni-pendapat seperti itu. Bukannya menyokong malah membuat drop. Jadi tolong perhatiannya," tutur Angela untuk tvOne.

"Saya sebagai anaknya tidak terima. Pilot mana pun tidak ada yang mau mencelakakan penumpangnya. Bolehlah bersuara, tapi lihat keadaan juga," tambah Angela lagi.

Angela berharap, masyarakat dan pelbagai pihak yang tidak terus menyalahkan juruterbang dalam kemalangan itu. Semua pasukan sedang bekerja dan menyiasat punca kemalangan. Selain itu, sehingga kini proses pencarian mayat mangsa masih lagi giat dijalankan.


Sumber : Oh! Media Network

Post a Comment

Previous Post Next Post