JITRA – Keluarga salah seorang penumpang pesawat MH370, Jee Jing Han, 42, masih mengharapkan keajaiban walaupun Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini mengisytiharkan pesawat berkenaan ditimpa kemalangan dan kesemua penumpangnya meninggal dunia.
Keluarga Penumpang Pesawat MH370 Masih Harap Keajaiban |
“Untuk setiap perayaan seperti pesta tanglung dan sebagainya, setiap perayaan dia akan kembali, kami sangat rapat,” katanya kepada pemberita di rumah keluarga Jee, di Taman Rasa Sayang di sini hari ini.
Jean berkata kali terakhir beliau bertemu sepupunya itu ialah pada Tahun Baharu Cina lepas yang mana Jee akan membawa pelbagai hadiah dan makanan ringan untuk keluarganya, jika beliau balik dari Seremban, tempat dia bekerja sebagai pengaturcara program komputer.
“Tahun lepas semasa Tahun Baharu Cina, dia bawa kuih seperti kuih bakul untuk keluarga…disebabkan kesusahan yang mereka lalui, dia (Jee) telah bekerja keras di Seremban untuk membantu keluarganya.
Ibu Jee yang enggan ditemuramah kelihatan menangis apabila melihat gambar anaknya itu dipaparkan di televisyen hari ini.
Jean berkata mereka sekeluarga masih berharap agar usaha pencarian pesawat tersebut tidak dihentikan kerajaan.
Jee, seorang duda mempunyai dua anak berusia 12 dan 14 tahun. Jee bekerja sebagai pengaturcara komputer dan memiliki syarikat sendiri di Seremban.
Sementara itu, ibu kepada seorang lagi penumpang MH370, Mohamad Sofian Ibrahim, 33, reda dengan kehilangan anak bongsunya itu.
Wan Tom Wan Chik, 74, berkata dia sentiasa mengikuti perkembangan MH370 melalui televisyen dan masih menaruh harapan agar anak lelakinya itu ditemui.
“Mak cik reda dengan kehilangannya tapi jika ditemui, mak cik bersyukur kerana dia tidak pernah hilang dalam ingatan kami sekeluarga. Setiap kali teringatkannya, mak cik akan sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran buatnya,” kata beliau ketika ditemui pemberita di rumahnya di Alor Setar. – BERNAMA
Post a Comment