Tahun 2014 merupakan tahun kontroversi buat pelakon Hanez Suraya, apabila dia dikatakan menjadi punca keretakan rumahtangga Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, dengan isterinya, Nur Liyana Manan, 29. Keduanya telah sah bercerai pada 9 Disember lepas di Mahkamah Syariah.
Akhirnya Terjawab :Hanez Suraya Dan Romie Razin Adilha Sah Bertunang |
Walaubagaimanapun, terdapat desas-desus yang mendakwa Hanez dan Romie akan melaksanakan majlis pertunangan pada hari ini, 3 Januari 2014 di kediaman keluarga Hanez di Seremban, Negeri Sembilan. Malahan, ada yang memberitahu gambar profil Whatsapp Romie memaparkan jejari kurus dan putih seorang wanita yang mengenakan cincin.
Dan ternyata desas-desus ini benar apabila Berita Harian melaporkan Hanez telah selamat bertunang pada hari ini selepas Isyak dengan Romie. Hanez kelihatan anggun dengan mengenakan busana warna putih. Majlis telah berlangsung di rumah keluarga Hanez di Seremban dengan kehadiran terdiri daripada kalangan ahli keluarga sahaja.
Ujar Hanez:
Saya mahu buka buku baru untuk tahun 2015. Harap yang terbaik untuk hubungan saya dan tunang.
Buat keduanya, tahniah diucapkan. Semoga urusan perkahwinan selepas ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga kebahagiaan akan menjadi milik anda berdua.
Sumber : BeautifulNara
Post a Comment