Pasukan pencarian pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 menemui dua lagi objek besar dipercayai daripada pesawat malang itu semalam, menjadikan 4 objek besar ditemui setakat ini.
Tragedi QZ8501: Dua lagi objek besar ditemui pasukan mencari |
Menurut kenyataan itu, kedua-dua objek berkenaan ditemui berhampiran lokasi dua objek yang ditemui sebelum ini.
“Jadi jumlah objek di bawah laut yang dapat dikesan berjumlah 4 buah. Seluruh objek tersebut berada di sektor keutamaan pencarian yang ditetapkan selama dua hari ini oleh Basarnas,” menurut kenyataan itu.
Badan itu memaklumkan usaha mencari alat rakaman pesawat dan kotak hitam masih belum berhasil.
Setakat semalam, Basarnas bersama pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) mengerahkan 14 aset udara dan 26 aset laut ke lokasi pencarian pesawat malang itu, dengan 30 mayat mangsa ditemui.
Pesawat AirAsia Indonesia terputus hubungan radar pada Ahad lepas ketika dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura bersama 155 penumpang dan 7 anak kapal.
Pesawat malang itu terhempas di perairan dekat Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah di Indonesia.
-Bernama
Post a Comment