Tak faham sungguh kami dengan spesis pemandu yang kurang ajar dan kaki pembuli seperti dalam rakaman video ini. Alkisahnya, pemandu tersebut dan seorang penunggang motosikal secara tidak sengaja masuk ke petak mengisi minyak pada masa yang sama.
VIDEO: Sanggup Langgar Motosikal Gara-Gara Berebut Pam Minyak |
Pada masa yang sama, pemandu kereta tersebut kelihatan seperti mahu beredar dari situ.
Rupa-rupanya, ada taktik kotor yang dirancangnya apabila dia sengaja mengundur keretanya sehingga melanggar motosikal tersebut.
Menyedari kejadian itu, penunggang motosikal itu segera mengejar dan membaling helmet ke arah kereta tersebut.
Malangnya ia sudah memecut laju meninggalkan stesen minyak itu.
Kot ya pun, takkanlah tak boleh sabar sikit?
Bukan lama pun masa yang diambil nak isi minyak motosikal.
Rasanya, orang macam inilah yang paling layak dihempuk dengan ‘steering lock’… – MYNEWSHUB.CC
Post by Wikipedia Rakyat.
Post a Comment