Selebriti Malaysia Bersatu Hati Menyokong Kempen Derma Organ

Selebriti Malaysia Bersatu Hati Menyokong Kempen Derma Organ

KUALA LUMPUR: Pendermaan organ merupakan satu perkara mulia yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu tanpa mengira agama dan bangsa

Selebriti Malaysia Bersatu Hati Menyokong Kempen Derma Organ
Selebriti Malaysia Bersatu Hati Menyokong Kempen Derma Organ
Namun, kesedaran mengenai perkara ini kurang mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia terutama sekali di kalangan bangsa Melayu.

Kekangan dari sudut mentaliti dan budaya yang menganggap derma organ sebagai suatu yang taboo dan bercanggah dengan agama menyebabkan kurangnya jumlah bangsa Melayu yang mendaftarkan diri sebagai penderma.

Menurut Duta Personaliti Pendermaan Organ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sutradara terkenal Erma Fatima, pendermaan organ merupakan suatu yang mulia dan perlu diterangkan kepada rakyat Malaysia secara lebih meluas dan menyeluruh bagi meningkatkan tahap kefahaman mereka.

“Pada awalnya, saya pun kurang memahami mengenai pendermaan organ ini tetapi selepas didedahkan dengan sebuah hadis yang menggalakkan kita untuk membantu orang apatah lagi menyelamatkan nyawa seseorang, saya berikrar untuk menjadi salah seorang penderma organ.

“Indahnya mengenai pendermaan organ ini adalah kita dapat menyelamatkan nyawa orang lain yang sangat memerlukan demi kelangsungan hidup mereka,” katanya ketika dihubungi Mynewshub, sebentar tadi.

Erma turut mengatakan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan organ perlu diperluaskan agar masyarakat mengerti betapa pentingnya pengorbanan untuk menyelamatkan nyawa orang lain dengan cuba meletakkan situasi kita seperti mana orang yang memerlukan pendermaan organ dan transplan.

Selain daripada Erma,Hafiz Hamidun dan juga Kieran, beberapa selebriti tanah air turut menyuarakan sokongan mereka terhadap kempen ini.

Pelakon dan pengacara kacukan Melayu-Inggeris, Yasmin Hani Richardson merupakan salah seorang selebriti yang peka terhadap isu pendermaan organ ini.



Begitu juga dengan pelakon dan pengarah popular, Dira Abu Zahar, yang menyifatkan pendermaan organ sebagai suatu yang terpuji:



Aktor yang bakal muncul dengam dua filem aksi Balun dan Bravo 5, Beto Kushairy juga menyokong penuh kempen kesedaran ini:



Sementara itu, pelakon genit, Sazzy Falak pula berkongsi cerita seorang rakannya yang sanggup berkorban mendermakan buah pinggang demi menyelamatkan nyawa salah seorang ahli keluarganya.



Penyanyi yang terkenal dengan lagu Jangan Nakal, Alif Satar pula menyifatkan pendermaan organ perkara murni yang boleh dilakukan seseorang individu untuk membantu orang lain.



Sekadar memetik kenyataan tokoh agama Islam, Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyokong penuh pendermaan organ sebagai satu inisiatif untuk menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

“Tidak ada nas atau hadis yang menghalang umat Islam untuk menderma organ mereka. Malah, ianya satu perkara yang baik dan boleh dianggap satu sedekah.”

Apabila ditanya bagaimana pula jika seseorang Muslim menderma organnya kepada pesakit bukan Islam, Dr. MAZA hanya tersenyum penuh makna.

“Bagi saya, tiada masalah untuk menderma. Sedekah itu kan suatu yang dituntut. Lainlah kalau awak dermakan kepada Perdana Menteri Israel, yang terang-terangan melakukan genosid dan penindasan terhadap penduduk Palestin. Itu memang dilarang sama sekali,” ujar bekas Mufti negeri Perlis itu.

Untuk mendapat sebarang maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web www.dermaorgan.gov.my atau hubungi Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) di talian 03-26810681/26810682 atau talian bebas tol 1800-08-9080.


Sumber :MYNEWSHUB

Post a Comment

Previous Post Next Post