Gerunnya…Fenomena Awan Gergasi Di Selatan Thailand Seakan-akan Mahu Menelan Bumi

Gerunnya…Fenomena Awan Gergasi Di Selatan Thailand Seakan-akan Mahu Menelan Bumi

Kami yakin ramai yang tidak pernah melihat fenomena awan arcus secara langsung.Kewujudannya sememangnya mampu menimbulkan rasa gerun di hati kerana ada di antaranya berbentuk awan gergasi yang seakan-akan mahu menelan bumi

Gerunnya…Fenomena Awan Gergasi Di Selatan Thailand Seakan-akan Mahu Menelan Bumi
Gerunnya…Fenomena Awan Gergasi Di Selatan Thailand Seakan-akan Mahu Menelan Bumi
Menerusi akaun Facebook Ramli Abdul Halim, dia telah memuatnaik gambar fenomena itu yang dikatakan berlaku di Selatan Thailand.



Jika diamati, ia umpama pusaran puting beliung gergasi dan seolah-olah hampir mencecah bumi.

Untuk pengetahuan pembaca, awan ini sebenarnya merupakan formasi awan rendah yang terbentuk oleh arus udara dingin dari laut.

Kebiasaannya ia membawa petanda akan berlakunya ribut.

Fenomena sebegini pernah terjadi di Sabah sedikit masa lalu dan ia dipercayai berpunca daripada angin taufan yang sedang bergerak ke Filipina pada masa itu.

Apapun, anggaplah ia bukti kekuasaan Allah S.W.T yang mampu mencipta apa sahaja yang dikehendaki-Nya…





Sumber : MYNEWSHUB

Post a Comment

Previous Post Next Post