Najib Ditangkap: Isteri Black Hanifah Bersuara

Najib Ditangkap: Isteri Black Hanifah Bersuara

ISTERI kepada penyanyi Black Hanifah iaitu Cira Khairi tampil bersuara di akaun Instagram miliknya berhubung bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ditangkap untuk pendakwaan, sebentar tadi.

Najib Ditangkap: Isteri Black Hanifah Bersuara
Najib Ditangkap: Isteri Black Hanifah Bersuara
Menurutnya, sebagai manusia jangan terlalu cepat jatuh hukum mengenai musibah seseorang dan biar Yang Maha Mengetahui sahaja mengadili kesalahan seseorang.

"Janganlah kita terlalu gembira dengan musibah yang menimpa seseorang, kerana kita sendiri belum tau hujung pangkal nasib kita.

ARTIKEL MENARIK: “Saya Sudah Bersedia Untuk Mendirikan Rumah Tangga.Jika Ditakdirkan Kami Bertemu Jodoh, Saya Terima," Aidil Aziz Jawab Persoalan Hubungan Dengan Fasha Sandha..


"Marah macam mana pun tak perlu hina maki hamun seseorang. Biar ALLAH SWT yang tentukan segalanya.

"Kita hang komen itu ini belum tentu keluar mengundi hari tu," tulisnya di Instagram.


Dalam pada itu, Cira Khairi atau nama sebenarnya, Naquira Yasira binti Mohd Khairi, 33, menegaskan luahannya itu tiada kaitan dengan politik.

"Aku cakap atas dasar kemanusiaan, bukan politik. Peace no war," katanya.

Kredit : Wartawan FB

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post