Guna 2 Bahan Saja, Ini Resepi Biskut Almond Yang Akan Buat Ramai Ketagih!

Guna 2 Bahan Saja, Ini Resepi Biskut Almond Yang Akan Buat Ramai Ketagih!

“Sedar tak sedar dah nak masuk minggu ketiga puasa. Kuih raya satu pun tak buat lagi. Apa agaknya resepi kuih raya yang simple ye? Malas nak renyah-renyah.”

Guna 2 Bahan Saja, Ini Resepi Biskut Almond Yang Akan Buat Ramai Ketagih!
Guna 2 Bahan Saja, Ini Resepi Biskut Almond Yang Akan Buat Ramai Ketagih!
Bagi yang belum berkesempatan nak buat kuih raya, apa kata cuba resepi almond nip oleh Puan Rasilah Daud yang sangat istimewa ini. Hanya perlu 2 bahan saja tau. Ada yang menggelar biskut ini sebagai almond cluster.

Memang mudah, rasanya yang penuh bercoklat ditambah pula dengan kerangupan kacang badam – mesti akan buat anda ketagih!

ARTIKEL MENARIK: 10 Resepi Paling Mudah & Lazat Guna Lebihan Roti Gardenia


Resepi Biskut Almond Nib 2 Bahan

Bahan-bahan

Ini adalah 2 bahan yang akan anda perlukan.
  • 1 kg badam cincang
  • 1 kg coklat masakan
almond-nip-6-768x1024.jpg


Contoh almond nib / badam cincang yang boleh dibeli di pasaraya

almond-nip-4.jpg


Ada juga jenis yang dicincang lebih kasar begini

almond-nip-5.jpg


Coklat masakan saya guna jenis ini saja

Cara-cara

1. Panggang Kacang Badam Hingga Cukup Masak

Saya panggang dalam oven selama lebih kurang 20 minit dengan suhu 160 darjah. Boleh balik-balikkan badam tu supaya ia dipanggang dengan sekata.

almond-nip-1.jpg


Yang tak ada oven pun boleh sangai (goreng tanpa minyak) atas kuali hingga agak-agak cukup masak dan keperangan.

Bila dah cukup masak, ketepikan dan biarkan ia menyejuk sementara kita lakukan langkah seterusnya.




almond-nip-7-1024x768.jpg


2. Cairkan Coklat Masakan

Seterusnya, ambil coklat masakan dan cairkan secara double boiler.

double-boil-0.jpg

3. Campurkan Coklat Dengan Badam

Kemudian, ambil badam yang telah disangai / dipanggang tadi dan campurkan ke dalam coklat yang dah dicairkan.

Gaul hingga rata.

almond-nip-2.jpg

4. Masukkan Dalam Paper Cup

Sekarang, dah bolehlah masukkan ke dalam paper cup / acuan mengikut kuantiti yang sesuai.

almond-nip-3.jpg

5. Sejukkan Dalam Peti Sejuk

Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk supaya coklat mengeras dengan cepat. Sekejap saja, dalam 2-3 minit dah keras coklatnya.
Selepas coklat dah mengeras, bolehlah simpankan kuih yang dah siap tadi ke dalam bekas kedap udara.
Jangan risau, coklatnya takkan cair. Sebabnya coklat masakan ni kalau kita lambat tuang ke dalam paper cup pun ia akan keras semula.

images2.jpg

Ringkas Tapi Sedap

Wah, tak perlu pakai tepung, tak perlu uli-uli. Tak ada oven pun boleh buat. Insha Allah, confirm jadi!

Memang senang dan sedap. Rugilah kalau tak cuba.

*Resepi kuih raya Almond Nip 2 Bahan ini disumbangkan oleh Puan Rasilah Daud menerusi Facebook. Ia disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk post asal beliau di SINI.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post