Selamat Maju Jaya Malaysia, Dan Terima Kasih.. Suara Rakyat Suara Keramat - Khairy Jamaluddin

Selamat Maju Jaya Malaysia, Dan Terima Kasih.. Suara Rakyat Suara Keramat - Khairy Jamaluddin

Ketika rakyat Malaysia tertunggu-tunggu keputusan pilihan raya umum (PRU) ke-14, Ketua Pemuda Umno melalui kenyataannya di Twitter tampil menegaskan bahawa suara rakyat adalah suara keramat.

Selamat Maju Jaya Malaysia, Dan Terima Kasih.. Suara Rakyat Suara Keramat - Khairy Jamaluddin
Selamat Maju Jaya Malaysia, Dan Terima Kasih.. Suara Rakyat Suara Keramat - Khairy Jamaluddin
Khairy turut berterima kasih kepada pengundi yang telah mengundi hari ini.

"Rakyat Malaysia sudah bersuara. Dan suara rakyat adalah keramat.

"Selamat maju jaya, Malaysia dan terima kasih kepada semua pengundi kerana melaksanakan tanggungjawab kepada negara," katanya.

ARTIKEL MENARIK: TERKINI! Tun Dr Mahathir Angkat Sumpah Pada Jam 9.30 Malam Ini


Kenyataan itu dibuat ketika Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) mendakwa HARAPAN sudah mendapat jumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Namun, menurut Dr Mahathir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan untuk mengumumkan keputusan rasmi dengan enggan menandatangani borang 14.

"Kami perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan persekutuan.

"Kini kelihatan kita telah mencapai lebih daripada (sasaran) itu dan mereka (BN) mendapat kerusi yang lebih kurang daripada apa yang kita perolehi," kata Mahathir pada sidang akhbar di Hotel Sheraton di Petaling Jaya, malam ini.


Sementara itu, keputusan tidak rasmi menunjukkan ramai menteri Umno tewas termasuklah timbalan menteri dalam negeri sementara Datuk Seri Nor Jazlan, menteri kewangan II sementara Datuk Seri Johari Ghani dan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad.

Sumber: https://www.malaysiakini.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post