Header Ads

“Saya Tak Lalok, Orang Sengaja Nak Kenakan Saya” – Uqasha Senrose

loading...

Pelakon jelita Uqasha Senrose menafikan dakwaan dirinya berada dalam keadaan khayal semasa ditahan pihak polis pada tengahari semalam.

“Saya Tak Lalok, Orang Sengaja Nak Kenakan Saya” – Uqasha Senrose
“Saya Tak Lalok, Orang Sengaja Nak Kenakan Saya” – Uqasha Senrose
Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu turut disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5.

“Saya tidak ‘lalok’ langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Uqasha yang juga kakak kepada pelakon Nelydia Senrose dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpanya.

ARTIKEL MENARIK: "Mungkin Ada Yang Kurang Senang Saya Jadi Heroin Pada Usia 19 Tahun" - Eyra Hazali


“Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini,” katanya.

Sementara itu, menurut laporan Utusan Online, Uqasha kini kembali ke set penggambaran drama Rahsia Hati Perempuan arahan Michael Ang.

Terdahulu media melaporkan seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.

Dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi semalam.

Sumber: Harian Metro
Foto: @uqashasenrose2
Sumber: Gempak




TERDAHULU

"Macam Mana Ada Dadah Dalam Beg?" - Ditahan Selepas Polis Temui 53 Pil Eramin 5, Netizen 'Serang' Instagram Uqasha Senrose

Pelakon Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemui enam ‘aluminium foil’ mengandungi 53 pil eramin 5 di dalam beg tangan miliknya pagi semalam.

"Macam Mana Ada Dadah Dalam Beg?" - Ditahan Selepas Polis Temui 53 Pil Eramin 5, Netizen 'Serang' Instagram Uqasha Senrose
"Macam Mana Ada Dadah Dalam Beg?" - Ditahan Selepas Polis Temui 53 Pil Eramin 5, Netizen 'Serang' Instagram Uqasha Senrose
Menurut sumber, dadah terbabit ditemui selepas Uqasha dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 11.45 pagi semalam.

"Pelakon yang memandu Range Rover dikatakan melanggar kenderaan Honda BRV di jalan terbabit. Anggota polis ke lokasi kejadian kemudian membawanya ke balai polis itu untuk pemeriksaan lanjut.

"Sebaik tiba di balai, anggota polis wanita membuat pemeriksaan tubuh pelakon berkenaan dan menemui 53 pil eramin 5 yang dianggarkan seberat 14.74 gram dalam beg tangan miliknya.

"Ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap pelakon itu didapati negatif. Dia kini ditahan di balai polis itu untuk siasatan lanjut," katanya.

Menerusi laman sosial Facebook 'Info Roadblock JPJ/POLIS', sekeping foto Uqasha bersama kapsyen yang dipercayai laporan polis telah menjadi viral dan dikongsikan oleh netizen.


Laman sosial Instagram milik Uqasha juga menjadi sasaran netizen yang meninggalkan komen untuk 'menyerang' kakak kepada aktres Nelydia Senrose itu.

img_3312.png


img_3313.png

img_3314.png

img_3315.png

Namun begitu, Uqasha kini telah menutup ruangan komen akaun Instagram miliknya.

Sumber: Astro Gempak


-----------------------------------------------------------------
loading...

No comments