Pegawai Imigresen 'Lepuk' Pekerja Asing Dikenakan Tindakan Tahan Kerja Serta Merta

Pegawai Imigresen 'Lepuk' Pekerja Asing Dikenakan Tindakan Tahan Kerja Serta Merta

Hari ini tular di laman sosial sebuah video yang memaparkan tindakan tidak beretika seorang pegawai dipercayai dari pihak Imigresen Malaysia (JIM) melayan seorang lelaki warga asing di sebuah kaunter milik jabatan berkenaan.

Pegawai Imigresen 'Lepuk' Pekerja Asing Dikenakan Tindakan Tahan Kerja Serta Merta
Pegawai Imigresen 'Lepuk' Pekerja Asing Dikenakan Tindakan Tahan Kerja Serta Merta
Video berkenaan mendapat begitu banyak kritikan daripada netizen di mana rata-rata mereka mengecam tindakan pegawai Imegresen berkenaan yang dianggap bertindak 'kurang ajar'.

Pihak Jabatan Imigresen Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan berkaitan video tular berkeaan di mana tindakan telah diambil kepada pegawai berkenaan di mana pelaku telah dikenakan tindakan tahan kerja serta mereta.

Dato' Seri Mustafar ali yang merupakan Ketua Pengarah Imigresen berkata, mrujuk kepada isu video seorang Pegawai Imigresen yang bertindak dengan kasar menjadi tular di media sosial, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memandang serius perkara ini.

ARTIKEL MENARIK: Padamkan atau berdepan saman RM100 juta - Bekas suami beri Emilia Hanafi tempoh 24 jam


"Perlakuan pegawai tersebut jelas menjejaskan imej jabatan dan bertindak bertentangan kod etika jabatan dan perkhidmatan awam. Pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan, serta tidak akan melindungi mereka yang melakukan kesalahan sedemikian."

"Tindakan yang serius akan diambil tanpa kompromi termasuk buang kerja terhadap pegawai yang melakukan kesalahan," Katanya.



Beliau dalam pada itu berkata, pihak JIM tidak akan  teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002. - Siakapkeli.my



from Siakap Keli News http://bit.ly/2sqXY0d
sumber : siakapkeli

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post