PDRM nafi tarik balik semua pegawai keselamatan Najib- Pendedahan KPN ini sangat mengejutkan! Rupa2nya Najib…

PDRM nafi tarik balik semua pegawai keselamatan Najib- Pendedahan KPN ini sangat mengejutkan! Rupa2nya Najib…

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan menarik balik semua kawalan keselamatan ke atas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

PDRM nafi tarik balik semua pegawai keselamatan Najib- Pendedahan KPN ini sangat mengejutkan! Rupa2nya Najib…
PDRM nafi tarik balik semua pegawai keselamatan Najib- Pendedahan KPN ini sangat mengejutkan! Rupa2nya Najib…
Katanya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak menarik balik kawalan keselamatan yang diberikan terhadap Najib sebaliknya hanya mengurangkan jumlah anggota yang ditugaskan.

Menurut beliau, PDRM masih menyediakan bantuan kawalan keselamatan termasuk seorang pegawai Aide De Camp (ADC) untuk terus bertugas, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Setiap bekas perdana menteri mempunyai kelayakan tertentu namun, jumlah anggota yang bertugas tidak sama seperti sebelumnya. Kita hanya mengikut SOP yang ditetapkan.

ARTIKEL MENARIK: Akhirnya…Sesuatu Berlaku Kepada Semua Pengawal Pengiring Najib Yang Buat Beliau Sebak!


“Bagaimanapun anggota yang bertugas seperti ADC, pemandu serta pengawal peribadi masih ditempatkan bagi mengawal keselamatan beliau dan Datin Seri (Rosmah Mansor),” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Warga PDRM dan agensi Kementerian Dalam Negeri di Masjid Bukit Aman di sini, pada Selasa



Terdahulu, Najib menerusi posting di Facebooknya mendakwa semua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan, yang ditugaskan kepadanya telah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC, sejak beberapa minggu lepas.

https://m.facebook.com/najibrazak/posts/10155368026640952

“Hari ini, saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai, yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada saya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana,” katanya.


Najib berkata beliau dan keluarga tidak akan melupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang sembilan tahun termasuk mereka yang sudah berjasa kepada mereka selama 14 tahun semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Saya juga mohon kerajaan baharu supaya sentiasa menjaga kebajikan mereka kerana mereka adalah anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan,” tambahnya.

sumber: astroawani

sumber: media2040

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post