"Kemenangan Tun M Bahayakan Negara" - Hadi Awang

"Kemenangan Tun M Bahayakan Negara" - Hadi Awang

Rakyat perlu menolak pakatan disertai Tun Dr Mahathir Mohamad kerana negara akan berada dalam bahaya, jika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dimenangi pembangkang yang bertanding menggunakan logo PKR itu.

"Kemenangan Tun M Bahayakan Negara" - Hadi Awang
"Kemenangan Tun M Bahayakan Negara" - Hadi Awang
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata ini kerana pakatan disertai Dr Mahathir, tidak meletakkan Islam sebagai teras utama untuk mentadbir negara dan keadaan itu diburukkan lagi sikap rakan sekutunya, DAP, yang akan melakukan apa sahaja untuk melemahkan orang Islam.


Beliau berkata, rakyat mahu orang Islam memerintah negara ini dan tidak rela dijajah DAP yang akan menjadi mencatur utama jika pakatan itu berjaya membentuk kerajaan Pusat pada PRU ini.

ARTIKEL MENARIK: Tertuduh dera anak kekasih hingga mati berdepan hukum gantung


"Dr Mahathir tidak meletakkan Islam dalam perjuangan parti berkenaan, sebaliknya bersekongkol dengan DAP dan parti Melayu tajaan DAP iaitu Parti Amanah Negara (PAN)

"Buat apa pilih Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, sedangkan sepanjang 22 tahun menjadi pemimpin negara, beliau banyak menimbulkan masalah kepada rakyat," katanya ketika berceramah di PDM Kampung Cerang Meliling, dekat sini, petang tadi.


Hadi berkata, ketika zaman Dr Mahathir juga beliau menarik royalti minyak Kerajaan Terengganu yang ketika itu diperintah PAS.

Beliau mendakwa, ketika berkuasa juga, bekas perdana menteri itu banyak meninggalkan yang wajib, sebaliknya mengamalkan perkara sunat dalam pentadbiran negara.



Oleh itu katanya, rakyat akan rugi jika memilih pakatan pembangkang dipimpin Dr Mahathir untuk memerintah negara.

Hadi mendakwa, PAS kini mengambil jalan tengah dan tidak menyertai mana-mana parti politik termasuk Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya kali ini.

"PAS kini mengamalkan politik matang dan dan tidak agresif seperti dahulu kerana pemimpin yang agresif sudah meninggalkan parti," katanya.





sumber: BHonline

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post