Amerika Syarikat - Seorang wanita berusia 26 tahun bertindak nekad dengan memanaskan air kencingnya sendiri bagi melepasi ujian dadah pekerjaan dalam sebuah ketuhar sebelum ketuhar itu meletup. Tindakan itu dilakukan di sebuah pasar raya di Aurora, Colorado, US.
Padah Ketuhar Meletup Selepas Panaskan Air Kencing Dalam Ketuhar |
Dari hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa wanita terbabit telah pergi ke sebuah pasar raya
dan meletakkan sesuatu di dalam gelombang mikro.
Namun tidak lama kemudian, kakitangan pasar raya terbabit mendengar bunyi letupan kuat.
ARTIKEL MENARIK: Tertuduh dera anak kekasih hingga mati berdepan hukum gantung
Ekoran dari itu, cecair kuning tersebut tersembur di seluruh rak kedai itu.
"Cecair kuning tersebut telah tumpah dari gelombang mikro dan baunya menunjukkan jelas air kencing," kata seorang pekerja pasar raya kepada pihak polis.
Jelasnya lagi, dia telah menyuruh Sanchez untuk membersihkan kekotoran itu, atau dia akan menghubungi pihak polis.
"Sanchez telah membersihkan gelombang mikro tersebut hingga ke lantai," menurut laporan.
Dan menurut laporan lagi, Sanchez kemudiaannya beredar dan kakitangan kedai tersebut telah menghubungi pihak polis mengenai kejadian itu.
Dilaporkan bahawa dia memberitahu kepada pegawai polis bahawa dia telah membersihkan kekotoran itu dan tidak memahami masalah itu.
Kata pegawai terbabit, "dia memberitahu saya ia bukan air kencing sebenar apabila saya mengingatkannya bahawa air kencing itu telah meletup di mana orang mneyediakan makanan mereka."
Dia memberitahu wanita itu bahawa gelombang mikro itu bernilai $500 dan telah mengeluarkan saman untuk kerugian yang dialami, tambah polis itu. Sumber: Daily Mirror. Editor: AA
via Wartawan Jalanan
Post a Comment