Dira Abu Zahar Disindir Balas Oleh Syed Saddiq Berkaitan Gurauannya Malam Final Liga Juara-Juara Eropah.Zira Dikatakan Lurus Tak Bertempat…

Dira Abu Zahar Disindir Balas Oleh Syed Saddiq Berkaitan Gurauannya Malam Final Liga Juara-Juara Eropah.Zira Dikatakan Lurus Tak Bertempat…

Bermula dengan ciapan ringan dan mengusik, Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kemudian seakan-akan disergah pemimpin Puteri Umno.

Dira Abu Zahar Disindir Balas Oleh Syed Saddiq Berkaitan Gurauannya Malam Final Liga Juara-Juara Eropah.Zira Dikatakan Lurus Tak Bertempat…
Dira Abu Zahar Disindir Balas Oleh Syed Saddiq Berkaitan Gurauannya Malam Final Liga Juara-Juara Eropah.Zira Dikatakan Lurus Tak Bertempat…
Ia berpunca daripada ciapan mengenai perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah yang ditayangkan secara langsung di TV awal pagi tadi.

Syed Saddiq – yang menyokong Real Madrid – menciap secara sinis di Twitter meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ‘menyiasat’ penjaga gol Liverpool.

Gurauan itu berpunca daripada prestasi hambar Loris Karius melepaskan dua gol muda untuk pasukan lawan.

Kemudian pagi tadi – atau kira-kira tujuh jam selepas ciapan Syed Saddiq dibuat – Exco Puteri Umno Malaysia Dira Abu Zahar membalas dengan ayat agak menikam.

ARTIKEL MENARIK: Suka-Suka Hati Bekas Menteri Luar,Anifah Aman Suruh Pihak Polis Dan SPRM Biarkan Abangnya Musa Aman Berehat Sedangkan Pihak Berkuasa Sedang Mencarinya.Mentaliti Yang Lama Tak Pernah Berubah…


“Yang berhormat? Or more like yang budak- budak (Atau lebih kepada yang budak-budak),” ciap Dira yang juga pernah menjadi pelakon itu.

Untuk rekod Syed Saddiq ialah anggota parlimen Muar selepas memenangi kerusi parlimen berkenaan dengan mengetepikan pemimpin lebih berpengalaman Datuk Razali Ibrahim pada 9 Mei lalu.

Bagaimanapun Dira tidak dicalonkan mewakili BN pada PRU14.

Memberikan reaksi kepada ciapan Dira, Syed Saddiq, 25, sebaliknya memberikan jawapan bersahaja dan masih dalam bentuk gurauan.

“Sis (Akak) ni ‘pembaris’ ke? Lurussss sangat. Mohon jadi ‘pembaris’ juga bila menegakkan keadilan. Salam Ramadhan,” ciap Syed Saddiq.

Kenyataan itu bertujuan mengusik Dira, 34, kerana dianggap naif semasa menanggapi ciapan terdahulunya.


Dalam perlawanan mendebarkan di Kiev, Ukraine mulai jam 2.45 pagi tadi (waktu Malaysia) Liverpool diaibkan dengan kekalahan 1-3 di tangan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Baca Syed Saddiq mengusik: SPRM kena siasat Karius

Gol pertama Real Madrid dijaringkan oleh Karim Benzema manakala baki dua lagi oleh pemain antarabangsa Wales, Gareth Bale.

Salah satu gol itu dianggap antara tercantik dalam sejarah persaingan Liga Juara-juara, manakala dua lagi terhasil daripada sikap cuai Karius.

Kemenangan itu juga membolehkan skuad bimbingan Zinedine Zidane itu menjulang piala berkenaan untuk tahun ketiga berturut-turut.

Sebaliknya Liverpool terpaksa menelan kepahitan kerana kejayaan mereka merangkul kejuaran itu ialah pada 13 tahun lalu.

sayaphitam

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post