Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dikehendaki polis dan agensi anti-rasuah dipercayai telah keluar dari Malaysia.
Musa Aman dah tinggalkan Malaysia? |
ARTIKEL MENARIK: Dira Abu Zahar Disindir Balas Oleh Syed Saddiq Berkaitan Gurauannya Malam Final Liga Juara-Juara Eropah.Zira Dikatakan Lurus Tak Bertempat…
Menurut rakan sekutu dan pembantunya, mereka tidak pasti di mana bekas Ketua Menteri Sabah itu berada walaupun terdapat kemungkinan Musa telah pergi ke Brunei dan Singapura selepas menaiki pesawat menuju ke London.Memetik sumber dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, pihaknya telah membuat permohonan agar Musa dihalang dari meninggalkan Malaysia beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, Musa telah keluar dari negara sebelum namanya sempat disenaraihitamkan.Difahamkan, Musa dikehendaki pihak berkuasa selepas Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT) Tun Juhar Mahiruddin, membuat laporan polis dengan dakwaan ada kaitan tentang intimidasi jenayah terhadap beliau.Polis Sabah bagaimanapun hanya boleh mengesahkan bahawa Musa tidak berada di negeri itu.Ketika pegawai SPRM pergi ke dua rumah Musa di Kota Kinabalu dan Sandakan untuk melakukan pencarian setelah mendapat waran untuk menggeledah, kedua-dua kediaman itu tidak berpenghuni.
Peguam Musa turut hadir tetapi enggan memberikan kerjasama.
“Peguam-peguamnya memberikan kami kunci rumah, tetapi tidak mahu menemani kami dalam pencarian. SOP kami (prosedur operasi standard) memerlukan pegawai ditemani semasa carian.
Oleh sebab itu, kami tidak memasuki premis itu,” kata sumber itu.Kali terakhir Musa dilihat dalam penerbangan Malindo ke Kuala Lumpur pada 14 Mei dan pada Mesyuarat UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 16 Mei.SPRM sedang menyiasat dakwaan terdapat parti politik ‘membeli’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas PRU14 pada 9 Mei lalu yang menyaksikan persaingan sengit antara Barisan Nasional (BN) Sabah dan Warisan yang masing-masing menang 29 kerusi dari 60 kerusi DUN Sabah.SPRM dikatakan sedang menyiasat dakwaan BN ‘membeli’ dua ADUN STAR dengan RM20 juta untuk menyertai BN Sabah bagi memberi laluan untuk Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sekali gus membentuk kerajaan.Bagaimanapun, Musa hilang majoriti selepas enam ADUN dari parti komponen BN (UMNO dan UPKO) menyatakan sokongannya kepada Warisan (DAP dan PKR) untuk membentuk kerajaan baharu.
Sumber: The Star, mStar Online via langitbiru
sumber : motifsosial
Post a Comment