Menobatkan penyanyi Khai Bahar sebagai Anugerah Top Top MeleTOP bagi kategori Lelaki dan Neelofa sebagai penerima Anugerah Top Top MeleTOP Wanita pada malam tadi adalah diiktiraf diatas udian 100 peratus daripada peminat.
Walaupun tidak dapat hadir ke AME 2018, 4 pemenang ini meluahkan rasa syukur di Instagram |
Namun, terdapat juga pemenang yang tidak dapat hadir ke AME 2018 atas sebab-sebab tertentu, walau bagaimanapun, mereka tidak ketinggalan untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih menerusi akaun instagram masing-masing.
ARTIKEL MENARIK: Aduihhh…Mampus Aku “Datuk Seri Vida”
loading...
1. Nur Fazura.
Fazura yang telah meraih anugerah bagi kategori Bintang Filem MeleTOP sekaligus membawa wang tunai bernilai RM5,000 dan sebuah trofi.
Namun, kehadiran beliau tidak kelihatan kerana beliau kini sedang sibuk mempromosikan produk kecantikannya iaitu TruDolly di Mood Republik, Kuching, Sarawak. Walau bagaimanapun, Iman Tang selaku pengurus Fazura telah mewakili anugerah berkenaan.
Difahamkan, beliau telah berangkat ke Jakarta pagi tadi kerana mempunyai hal-hal tertentu.
2. Sari Yanti.
Tahniah kepada pasangan Sari Yanti dan Jep Sepahtu kerana memenangi kategori Couple MeleTOP.
Kehadiran mereka tidak kelihatan kerana Sari kini sarat mengandung dan perlukan rehat secukupnya.
3. Johan.
Beliau memenangi kategori penyampai radio MeleTOP. Namun, beliau tidak dapat hadir ke AME 2018 atas hal tertentu.
A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on Apr 8, 2018 at 5:52am PDT
4. Siti Nurhaliza & Faizal Tahir.
Tahniah kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir kerana telah memenangi anugerah Grup/Duo MeleTOP bagi lagu Dirgahayu.
Kehadiran mereka tidak kelihatan kerana Siti kini masih dalam keadaan berpantang dan perlukan rehat yang secukupnya. Manakala, Faizal kini berada di Syria bagi membantu rakyat disana (aktiviti solidariti).
A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir) on Apr 7, 2018 at 9:17pm PDT
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Kredit: Ohmymedia
Post a Comment