Aduihhh…Mampus Aku “Datuk Seri Vida”

Aduihhh…Mampus Aku “Datuk Seri Vida”

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman diberi tempoh hingga 21 Mei depan bagi menyelesaikan tuntutan cukai pendapatan individu yang gagal dilunaskan bagi tempoh lima tahun membabitkan jumlah keseluruhan lebih RM4.6 juta.

Aduihhh…Mampus Aku “Datuk Seri Vida”
Aduihhh…Mampus Aku “Datuk Seri Vida”
Hasmiza, 47, atau lebih dikenali Datuk Seri Vida dikehendaki membayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut Sub Seksyen 91 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun-tahun taksiran 2011 hingga 2015 dengan jumlah sebanyak RM4,686,435.79.

Tetapan itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Anselm Charles Fernandis di Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini selepas tuntutan difailkan Peguam LHDN, Nor Hidayah Mohd Anas.

ARTIKEL MENARIK: “Bertahun tunggu persembahan dorang…”- Setelah lama menyepikan diri, peminat teruja melihat aksi Ruffedge di atas pentas AME 2018

loading...

Datuk Seri Vida bagaimanapun tidak hadir di mahkamah diwakili peguam Zailan Mohamed.

Nor Hidayah ketika ditemui pemberita berkata, tuntutan itu dibuat selepas pengasas produk Vida Beauty itu gagal mematuhi perbincangan bersama yang dibuat sebelum ini berhubung bayaran cukai secara ansuran.

Menurutnya, tuntutan di mahkamah akan diteruskan sekiranya Datuk Seri Vida gagal menyelesaikan tuntutan dibuat dalam tempoh ditetapkan iaitu sebelum 21 Mei depan.


“Sekiranya tuntutan berjaya diselesaikan, maka kes tidak berjalan di mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Peguambela Zailan dari Zailan & Associates memaklumkan, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama LHDN untuk membuat penyusunan semula bayaran cukai agar dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post