Setelah Lama Berdiam Diri, Ini Komen Pedas Ude Pada Intan!

Setelah Lama Berdiam Diri, Ini Komen Pedas Ude Pada Intan!

SUAMI pelakon Izreen Azminda, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude, 30, menepis segala dakwaan dan kenyataan dikeluarkan bekas isteri pertamanya, Intan Liana Salleh, 33, pada 28 Februari lalu.

Setelah Lama Berdiam Diri, Ini Komen Pedas Ude Pada Intan!
Setelah Lama Berdiam Diri, Ini Komen Pedas Ude Pada Intan!
Ude yang juga pemuzik bebas berkata, kenyataan Intan itu adalah pembohongan semata-mata dan sekadar ingin meraih simpati.

“Dia cakap tidak tahu salah kenapa ingin diceraikan dan kami tidak pernah berbincang masalah ini. Sedangkan dia tahu masalah dalam rumah tangga kami sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.

ARTIKEL MENARIK: “Intan... Hentikanlah Drama Air Mata! Izreen Tak Salah” - Bekas Suami
loading...

“Saya selalu berbincang cara baik dan kalau boleh tidak mahu masalah ini diperbesarkan. Kenapa dia tidak bercakap kebenaran ini? Jadi saya agak terkilan kenapa dia mengeluarkan kenyataan ini. Tindakannya itu secara tidak langsung membuka aib saya.

“Orang mula berpandangan negatif terhadap saya sehingga ramai beranggapan saya bapa tidak bertanggungjawab dan banyak lagi. Jadi, kepada Intan berhenti drama air mata,” katanya kepada Harian Metro.

Ude juga menjelaskan, masalah rumah tangganya dengan Intan sudah bermasalah sebelum dia berkenalan dengan Izreen.

Ia sekaligus menafikan Izreen adalah punca kepada keretakan perkahwinan dibina sehingga bercerai talak satu.

“Saya tidak mahu bercerita apa masalah kami sejak dua tahun lalu. Ia terlalu peribadi buat saya. Kalau dia nak bercerita, ia terpulang. Apa yang penting saya tidak akan bercakap apa-apa.


“Banyak kali saya ajak berbincang, tetapi semuanya gagal. Pun begitu, jika ada yang tetap beranggapan saya sebaliknya, terpulang kepada mereka kerana mereka tidak tahu apa masalah sebenar. Takkan saya nak cerita semua hal dalam rumah tangga kami.

“Jadi saya berharap netizen perlu berlaku adil dengan tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya atas diri saya,” katanya.

Ditanya mengenai tindakannya merahsiakan perkahwinan dengan Izreen pada 8 Ogos lalu, Ude berkata dia ada alasan tersendiri kerana lebih mengenali sikap Intan macam mana.

Menurut Ude, dia juga menarik balik permohonan cerai kali pertama pada November lalu kerana Intan sedia untuk berbincang masalah mereka.

“Malangnya, Intan tidak memberikan kerjasama atas apa yang dipersetujui. Sebaliknya setiap kenyataan dikeluarkan mengeruhkan lagi keadaan. Banyak kenyataan diputar belit,” katanya.

Terdahulu Ude dan Intan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi tadi.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post