Bil letrik sampai tengahari tadi. Aku tengok dan senyum. Nanti gaji aku bayarlah. Macam selalu. Hari pertama gaji masuk terus aku bayar segala jenis bil secara online.
“Bil TNB melambung sejak mak tumpang di rumah” -bil api rumah aku kebelakangan ini rm250-rm280 |
ARTIKEL MENARIK: Kisah Sebenar Ibu Sumbat Bayi Dalam Peti Sejuk Hingga Beku..
loading...
Semua bilik rumah aku ada penghuni. Aku kat master bedroom, bilik ke dua adik ipar dan bilik ketiga untuk emak mertua.
Bilik mak pun ada bilik air. Kiranya macam master bedroom kedua lah. Emak tinggal dengan aku setelah ayah mertua dijemput Illahi beberapa bulan lepas.
Aku bersyukur sangat emak sudi nak tinggal dengan aku. Bilamana emak menyatakan hasrat untuk tinggal dengan aku, berikut ayat pertama aku bagitahu kat puan isteri aku.
Alhamdulillah. Mak nak duduk dengan kita. Walau mak duduk dengan kita, baby Ammar tu kena hantar kat pengasuh juga.
Jangan bebankan mak jaga anak kita. Mak nak duduk dah rahmat besar dah.
Jangan larang mak buka aircond semata-mata nak jimat letrik. Kalau mak selesa ada cahaya, biar je mak buka lampu berjaga sampai subuh.
Barang dapur kita yang beli. Dan jangan suruh mak masak melainkan mak yang nak tolong.
Soal bil letrik tak payah risau. Jangan sesekali merungut depan mak. Abang bayarkan walau berapa jumlah pun.
Ada orang tua dalam rumah kita satu rahmat besar dah. Setiap hari ada doa dari mak. Setiap hari ada orang yang baca Quran dalam rumah kita. Beruntung kita.
Beberapa kali aku terbaca iklan adanya servis meng’ejas’ meter letrik, walau banyak mana kita guna, tapi bil datang tak mahal. Ala, macam tipu meter lah.
Aku tak nak berlakon malaikat kat kau orang. Hati ini terdetik sangat nak hubungi dan buat benda tu. Tapi bila fikirkan semula, buat apa jimat letrik kalau kita ‘mencuri’ dengan cara itu?
Dosa yang ada tak tertanggung dah, nak tambah dosa free setiap hari dari kegiatan mencuri elektrik? Tak sanggup aku.
Biarlah berapa jumlah sekali pun bil elektrik dan air rumah aku. Aku akan bayarkan. Kalau tak mampu bayar penuh, aku bayar sebahagian dulu. Ada rezeki lebih, boleh bayar lebih. Kederat ada untuk bekerja, apa nak susah.
Yang pasti, aku takkan sesekali minta mak dan adik ipar jimatkan penggunaan elektrik; aircond khususnya. Benda tu untuk keselesaan, gunalah.
Biar mak selesa selalu. Kerana bacaan ayat suci dan doa dari mak setiap hari itu tidak ternilai harga. Lebih mahal dari dunia dan segala isinya. Sungguh!
via Cerita Dunia
Post a Comment