Tembak Dan Penggal Kepala Orang Utan Sebelum Buang Dalam Sungai

Tembak Dan Penggal Kepala Orang Utan Sebelum Buang Dalam Sungai

INDONESIA: Seekor orang utan disyaki telah ditembak sehingga mati oleh dua orang lelaki warga tempatan di sini semalam.

Tembak Dan Penggal Kepala Orang Utan Sebelum Buang Dalam Sungai
Tembak Dan Penggal Kepala Orang Utan Sebelum Buang Dalam Sungai

Lelaki terbabit dikatakan telah melepaskan 17 das tembakan terhadap orang utan terbabit sehingga menyebabkan binatang malang itu terus meninggal dunia.

Sebaik sahaja membunuh, lelaki terbabit juga dipercayai telah membiarkan mayat itu reput sebelum bertindak membuang bangkai orang utan itu ke dalam sungai.

Menurut laporan daripada suspek, mereka yang bekerja sebagai penoreh getah itu mendakwa bahawa mereka bertindak sedemikian kerana ingin mempertahankan diri dan mereka takut apabila orang utan dikatakan berada di hadapan mereka.

Dalam pada masa yang sama, mereka juga turut mengaku membunuh orang utan itu, yang mana kepalanya ditemui pada bulan lepas.

ARTIKEL MENARIK: Bahaya Bermain Online Game 20 Jam Tanpa Henti.

loading...

Bagaimana pun, bulu pada badan binatang itu juga telah dibakar dan kejadian tersebut telah mengakibatkan para aktivis dan sukarelawan marah kerana tindakan itu telah mengancam spesies yang dianggap jarang ditemui.

Orang utan kebiasaannya dikenali sebagai binatang yang boleh membesar sehingga mencapai saiz manusia namun ia jarang menyerang manusia kecuali jika habitatnya itu terancam.

Pihak berkuasa tempatan memberitahu bahawa pihaknya telah menemui pisau yang telah digunakan untuk menyerang orang utan terbabit.

“Mereka menembak binatang itu berulang kali tetapi ia tidak mati. Salah seorang daripada mereka telah memenggal kepalanya dari belakang.”

“Kepala itu ditanam di belakang rumah mereka manakala badannya pula dibuang dalam sungai,” kata polis.


Menurut pihak polis, jika kedua-dua suspek disabitkan kesalahan, mereka berdua akan dikenakan hukuman penjara selama lima tahun di bawah undang-undang Indonesia. 

Sumber: Mynewshub, Editor: Amira

1.PNG

Capture.PNG

Orang-Utan-Tanpa-Kepala-620x330.jpg

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post