BEIJING: Akibat ketagihan, seorang remaja telah mengalami kelumpuhan bermula daripada paras pinggang hingga ke bawah setelah dipercayai bermain permainan atas talian di sebuah pusat internet selama lebih 20 jam tanpa henti.
Bahaya Bermain Online Game 20 Jam Tanpa Henti |
Menerusi portal DailyMail.co.uk, remaja terbabit yang tidak diketahui identitinya itu dikatakan sedang asyik bermain di sebuah pusat internet di Jiaxing, wilayah Zhejiang.
Remaja terbabit dipercayai telah mula bermain permainan tersebut pada hari Sabtu (27 Januari 2018) dan dia terus bermain sehingga pagi Ahad (28 Januari).
Namun, ketika dia hendak menuju ke tandas, dia mula menyedari bahawa kakinya itu tidak mampu bergerak, malah anggota tubuhnya juga langsung tidak dapat dirasai pergerakannya.
ARTIKEL MENARIK: Rossi Terkejut Lihat Aksi Mat Rempit Malaysia Dan Beliau Lagi Terkejut Bila Lihat Orang Malaysia Boleh modified Y15zr Sampai Macam Jadi Ni!! (Video)
loading...
Akibat daripada kejadian itu, semua rakan-rakannya mulai berasa takut, memandangkan remaja terbabit pada awalnya langsung tidak menunjukkan sebarang tanda aneh sewaktu bermain permainan berkenaan dengannya.
“Dia seolah-olah hilang upaya secara tiba-tiba. Tiada pancaindera rasa. Tidak bergerak sama sekali. Maka, kami terus menghubungi ambulans,” ujarnya.
Sebaik sahaja ambulans tiba di tempat kejadian, pegawai paramedik segera mengangkat remaja itu dari kerusi dan membaringkan dirinya di atas tandu untuk dikejarkan ke hospital.
Bagaimanapun apa yang melucukan adalah sebelum meninggalkan tempat itu, remaja tersebut sempat berpesan kepada rakannya untuk menyambung permainan yang dia terpaksa tinggalkan.
Kejadian itu bagaimanapun telah dirakam oleh salah seorang pengguna telefon pintar yang kemudiannya menjadi tular di media sosial.
Ketagihan bermain permainan atas talian ini dikatakan menjadi suatu fenomena yang amat dahsyat di negara China.
Ini kerana kebanyakan remaja sanggup keluar rumah, ponteng sekolah dan meninggalkan kehidupan sosial hanya untuk bermain permainan kegemaran mereka. Sumber: Astro Awani, Editor: Amira
Post a Comment